PERSONAL PROFILE ELVEENA IRIS

PERSONAL PROFILE ELVEENA IRIS
PROFIL & SOSOK

PERSONAL PROFILE

Nama : ELVEENA IRIS

Negeri Kelahiran : Johor, Malaysia

Usia : 43 Tahun

Bangsa : Melayu kacukan Pakistan dan Cina Baba

PENGENALAN

ELVEENA IRIS atau lebih dikenali dengan panggilan manja ELVEENA merupakan anak kelahiran Johor yang penuh berbakat dalam bidang seni. Perwatakannya yang lemah lembut serta memiliki sifat kewanitaan yang ayu dan cantik yang dianugerahkan tuhan membolehkan beliau bergiat dan berjaya dalam bidang seni. Elveena juga mempunyai jati diri serta semangat yang gigih untuk membolehkannya menjadi seorang usahawan dan berjaya menghasilkan produk kecantikan dan produk kesihatan.

Disamping itu dengan kemahiran dan minat dalam bidang kulinari Elveena juga berjaya memiliki dan menguruskan Restoran, Kafe serta menghasilkan dan memasarkan produk Makanan Retort seperti Sambal Cili Garam.

Bidang nyanyian

Dalam bidang seni suara Elveena telah menghasilkan single pertamanya berjudul ‘ Memang Benar’ dan telah dimainkan dicorong-corong radio popular di Malaysia. Lagu tersebut juga telah dipilih sebagai lagu tema untuk drama bersiri ‘ Akademi Polis’ yang disiarkan di TV9. Elveena telah menghasilkan Album DA10 yang memuatkan lagu ‘Malu Tapi Mau’,’ Cinta Dikemudiankan’ dan ‘Cinta Beralih Arah’. Satu video klip dengan lagu ‘ Cinta Tak Boleh Begini‘ telah di hasilkan. Susulan daripada itu Elveena telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema filem ‘ Hantu Air’, arahan Murali Abdullah. ELVEENA juga telah menyanyikan 2 buah lagu dalam filem tersebut iaitu ‘ Aku Cinta Pada Mu ‘ dan‘ Melati Puteh’.

Elveena terus bergerak kehadapan dan kini telah menghasilkan lagu terbarunya berjudul ‘ Penjahat Cinta’ yang sedang dimainkan di Radio-radio di Indonesia.

Baca Juga:  Halo Gaes, Catat Ya, Ini Dia Jadwal Lengkap Gelar Teknologi Tepat Guna Nusantara (GTTGN) XXIV/2023 di Lampung

Elveena telah banyak bekerjasama dengan komposer-komposer yang hebat seperti Adnan Abu Hassan dan Saari Amri Memandangkan Elveena mempunyai suara yang lunak dan perwatakan serta gaya yang menawan, Elveena sering mendapat jemputan untuk memenuhi majlis-majlis dan program-program hiburan.

Terkini Elveena telah dicalonkan untuk pertandingan ‘Pencarian MAS MONA’ dan telah dinobatkan sebagai pemenang. Dengan kemenangan ini Elveena telah berasa teruja dan terus bersemangat untuk terus maju kehadapan dalam bidang seni terutama sekali dalam bidang seni suara.

Walaupun ELVEENA berjaya dalam bidang nyanyian, Elveena berasa terkilan kerana hajat untuk berduet dengan Allahyarham Dato’ A Rahman Hassan Dan Allahyarham Dato’ Naseer Wahab iaitu penyanyi dan penghibur yang sangat tersohor di Malaysia tidak kesampaian kerana mereka telah kembali kerahmatullah lebih awal.

ELVEENA pernah juga membuat temujanji dengan pihak Indonesia untuk bertemu Koslo tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan maka hajat itu tidak kesampaian. Tetapi usaha itu tetap diteruskan.

Memandangkan ELVEENA mempunyai gaya yang menawan serta bentuk badan yang cantik dan diiringi dengan personaliti yang baik, maka ELVEENA sering di temuduga. Gambar serta cerita-cerita yang menarik dimuatkan dalam majalah-majalah popular di Malaysia seperti URTV, Majalah MANGGA, Majalah Maskulin. Cerita2 ELVEENA juga dimuatkan dalam akhbar2 di Malaysia seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro.

Bidang Lakonan

Selain berbakat dan Berjaya dalam bidang seni suara Elveena juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam filem-filem di Malaysia. Antara filem lakonan ELVEENA adalah ‘ Harimau Jadian’ dan ‘ Fobia malam Pertama’ dimana ELVEENA di jemput sebagai guest artist. ELVEENA juga pernah berlakon dalam dokumentarI video clip karaoke.

Baca Juga:  Gati Susanto: Membuat Pria Lebih Menarik

Baru-baru ini, dalam tahun 2022, ELVEENA telah ditawarkan untuk berlakon dalam telemovie sebagai guest artist dalam filem ‘Hantu Lawak Luarbiasa.

Bidang Keusahawan

Selain daripada bidang seni ELVEENA juga seorang usahawan dalam bidang kecantikan dan pakaian, produk kesihatan dan juga bidang kulinari( Food and Beverage).

Bidang Kecantikan

Dengan memiliki kecantikan serta sifat kewanitaan yang sopan dan lemah lembut dan gaya yang menawan Elveena pernah menjadi model pakaian Kimono di Jepun dan Australia. Elveena juga pernah memiliki dan menguruskan Butik di Kuala Lumpur dan Melaka.

Karier ELVEENA dalam dunia hiburan tidak terbatas kepada bidang nyanyian sahaja. Dalam masa yang sama ELVEENA juga turut aktif menempa nama dalam Dunia peragaan sebagai model foto khusus untuk butik perkahwinan.

Bidang Produk Kesihatan

Untuk memastikan seseorang itu terus kekal sehat dan anggun Elveena juga telah berjaya menjadi pengasas produk kesihatan seperti ‘ So Sweet Coffee’, ‘ So Sweet Coffee Chocolate Flavour’, De Veena Collagen, D’RatuV (untuk Wanita) dan Miracle Double X(untuk lelaki) di bawah Syarikat VEENA RESOURCES Elveena juga telah di lantik sebagai Ambassador syarikat kecantikan dan rawatan kulit.

Bidang Kulinari (Food and Beverage)

ELVEENA mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam bidang masakan yang telah diwarisinya sejak dari kecil. Memandangkan ELVEENA berminat dalam bidang kulinari ini dan juga pandai memasak beliau berjaya membuka dan menguruskan Kafe dan Restoran.

Di Butik Kafe Elveena menguruskan penjualan makanan dan disamping menjual asesori pakaian, beg tangan dan asesori kecantikan Elveena juga mengurus dan memiliki restoran ‘SS Restoran’ yang menjual pelbagai jenis makanan seperti Asam Pedas, Sambal Cili Garam. Masakan Nyonya, Masakan Thailand.

Baca Juga:  Selamat Jalan Mas Kus

Masakan Indonesia dan Western.

Memandangkan masakan Elveena sedap SS Restoran menjadi terkenal dan sering dikunjungi oleh pelanggan dan sering mendapat tempahan untuk private function seperti Jamuan Tahunan, Birthday serta Anniversary. Elveena juga membuat Perkhidmatan Katering kepada pelanggan Individu serta Agensi kerajaan seperti SIRIM, MISDEC, KOTA

CEMERLANG, PKNM, MELAKA RIVER CRUISE, PETRONAS Dan banyak lagi.

Berdasarkan kepada kemahiran, pengalaman serta perwatan Elveena yang boleh menarik pelanggan Elveena pernah di lantik sebagai AMBASSADOR kepada RESTORAN IKAN PATIN di PUCHONG KUALA LUMPUR dan RESTORAN HAIDRAMOUT Kuala Lumpur yang menjual makanan Arab.

Elveena juga telah menghasilkan dan memasarkan produk makanan dalam bentuk paste dan diretortkan sepert SAMBAL CILI GARAM, SAMBAL HIJAU, SAMBAL LOTTE, ASAM PEDAS dan beberpa produk lagi berdasarkan kepada permintaan.

PENUTUP

Berdasarkan kepada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang seni dan keusahawanan Elveena pasti akan terus maju kehadapan dan berjaya dalam mengharungi hidup dan dugaan sebagai seorang anak seni dan usahawan.

 420 kali dilihat